Cari:
China Era Baharu, Beri Sumbangan Baharu
2017-10-23 18:05:23 CRI Cetak

Xi Jinping dalam laporan pada Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) menyatakan bahawa sosialisme bercirikan China sudah memasuki era baharu. Berada di orientasi sejarah baharu ini, bagaimana China mempengaruhi dunia pada masa depan menjadi tanda tanya.

Pada Ogos lalu, firma khidmat nasihat pasaran Perancis, IPSOS mengadakan tinjauan di 26 buah negara termasuk China, AS, Britain dan Jepun. Hasilnya, 87% warga China optimistik terhadap masa depan negara, tertinggi antara semua negara yang ditinjau. Ini ditafsirkan oleh banyak media asing sebagai menyuntik tenaga positif kepada pembangunan dunia yang penuh pancaroba.

Ketua Institut Penyelidikan Timur Jauh, Akademi Sains Rusia, Sergey Luzianin berpendapat bahawa China telah mencapai kejayaan dalam pembangunan ekonomi inovatif dan kerjasama antarabangsa berkat pelaksanaan sosialisme bercirikan China. Aturan dan rancangan strategik yang dibuat dalam kongres tersebut boleh dijadikan "acuan" untuk dirujuk negara-negara lain.

Selain itu, pengalaman China dalam bidang antirasuah juga boleh diteladani. Ahli Biro Politik Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe-Barisan Patriotik (Zanu PF), Simon Khaya Moyo melahirkan rasa kagum terhadap kempen antirasuah PKC. Beliau berkata pihaknya juga sedang berjuang memerangi rasuah, satu misi cukup mencabar. Pengalaman China perlu ditimba, khususnya oleh agensi antirasuah.

PKC, parti politik terbesar di dunia, dalam laporannya menegaskan komitmen untuk berbakti demi rakyat dan seluruh umat manusia. Duta Besar Laos ke China, Vandee Boutthasavong berkata, PKC berjaya membawa rakyat keluar daripada kesengsaraan masa lalu ke arah kemakmuran dan ketenteraman.

PKC, parti yang mencintai kedamaian serta mengutamakan pembangunan dan kerjasama saling menguntungkan. Dasar luar berkecuali yang damai yang diamalkannya menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

PKC menganggap bahawa pembangunan China mustahil dicapai tanpa kedamaian, pembangunan dan kestabilan serantau dan dunia. Jalan pembangunan China yang diterajui PKC memberi contoh baik kepada negara-negara lain termasuk Laos.

Penolong Canselor Universiti New South Wales Australia, Laurie Pearcey berpendapat bahawa melalui usaha China, lebih banyak negara akan turut mengambil bahagian dalam proses integrasi global.

Kata beliau, laporan yang dibentangkan oleh Xi Jinping menyebut bahawa China akan aktif menyertai tadbir urus global. Kini dunia mengambil perhatian terhadap hala tuju ekonomi dan politik China. Di samping itu, China berusaha meningkatkan hak bersuaranya dalam urusan antarabangsa.

PKC dalam kongres kebangsaannya sekali lagi melahirkan komitmen China untuk memikul tanggungjawab di arena antarabangsa.

Pengarah Hubungan Antarabangsa Parti Komunis Perancis, Lydia Samarbakhsh menyatakan bahawa saranan mengenai tadbir urus global dan pembangunan secara damai yang dikemukakan China menjadikan pelbagai negara bersatu semula walaupun masih wujud percanggahan pendapat. Semua pihak perlu bersama-sama menghapuskan rintangan politik dan memperbaiki keadaan.

Pakar isu China dari Universiti Jawaharlal Nehru India, Dr. B.R.Deepak menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-19 PKC telah merangka cetak biru pembangunan China pada masa depan, dan juga menggariskan pelan spesifik untuk mewujudkan matlamat tersebut.

Dalam proses ini, China bukan sahaja akan menjana pembangunan sendiri, malah memberi manfaat kepada jiran, bahkan seluruh rantau dan dunia. Pembangunan China telah banyak menyumbang kepada ekonomi dunia. Beliau berpendapat seiring dengan pembangunan berterusan, sumbangan China kian penting.

Untuk membangunkan dunia yang kekal damai, selamat, makmur bersama, terbuka, inklusif, bersih dan cantik, Xi Jinping dalam laporannya telah mengemukakan saranan dan wawasan mengenai dasar luar, dasar pertahanan, kerjasama ekonomi, kerjasama antarabangsa di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dan lain-lain.

Timbalan Speaker Dewan Pewakilan Itali, Marina Sereni menyatakan kepada wartawan CRI bahawa beliau berharap Itali dan China meningkatkan kerjasama bagi membentuk komuniti berkongsi sesama insan.

PKC telah mengemukakan matlamat "dua seratus tahun" dalam kongres kebangsaan kali ini, iaitu mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh menjelang 2021, dan membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat menjelang pertengahan abad ini.

Menurut beliau, untuk merealisasikan wawasan tersebut, China boleh menjalin kerjasama dengan pelbagai entiti ekonomi dan politik lain.

Beliau berpendapat Itali dan China serta rakyat kedua-dua negara boleh bersaing secara adil, saling melengkapi, mencari kesamaan dan mengetepikan perbezaan, serta berganding bahu demi pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China