Cari:
China Komited Sediakan Iklim Perniagaan Lebih Baik
2017-10-23 11:32:28 CRI Cetak

Sasaran pertumbuhan ekonomi China pada kadar kira-kira 6.5% dijangka dapat dicapai tahun ini. Kerajaan akan terus berusaha untuk menyediakan iklim perniagaan yang lebih baik bagi menarik pelaburan swasta dan asing.

Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), He Lifeng dalam sidang media Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) berkata, dalam tiga suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat 6.9% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Melihat kepada pemulihan ekonomi global masih perlahan, pencapaian China cukup memberangsangkan.

Di samping itu, China antara negara membangun yang menarik pelaburan asing paling banyak sepanjang 25 tahun berturut-turut.

PKC dalam laporan pada kongres kebangsaannya telah melahirkan komitmen untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan.

China akan meningkatkan akses pasaran, memberi layanan saksama kepada semua syarikat yang berdaftar di China, di samping memudahkan lagi prosedur pelaburan untuk syarikat asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China