Cari:
Pilihan Raya Parlimen Iraq disaran Diawalkan
2017-10-23 15:34:48 CRI Cetak

Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IHEC) Iraq menyarankan supaya pilihan raya parlimen diadakan pada 12 Mei tahun depan.

Timbalan ketua Majlis Pesuruhjaya IHEC, Gatie al-Zouba'i dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengusulkan tarikh tersebut kepada kabinet Perdana Menteri, Haider al-Abadi.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut kemungkinan pilihan raya parlimen peringkat provinsi diadakan serentak, dan sama ada wilayah autonomi Kurdish menyertai pilihan raya tersebut.

Menurut Perlembagaan Iraq, penggal perkhidmatan parlimen adalah empat tahun. Tarikh pilihan raya parlimen ditetapkan melalui perbincangan Kabinet dan IHEC, sebelum diluluskan oleh parlimen.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China