Lapan militan Ansar-ul-Sharia termasuk ketuanya, Abdullah Hashmi ditembak mati dalam operasi pasukan tentera Pakistan di Karachi, selatan negara itu baru-baru ini.
Menurut pegawai tentera Pakistan, pihaknya melancarkan operasi berkenaan selepas mendapat maklumat risikan bahawa kumpulan militan itu sedang merancang satu serangan berskala besar.
Terdapat beberapa anggota militan, termasuk seorang anggota kanan melarikan diri.
Ansar-ul-Sharia pernah melancarkan beberapa serangan ganas, termasuk serangan terhadap seorang pemimpin parti politik tempatan Karachi dan membunuh empat anggota polis.