Cari:
Fasa Baharu Pembaharuan Pendidikan China
2017-10-23 15:31:13 CRI Cetak

Pembaharuan yang dijalankan terhadap bidang pendidikan China berjalan lancar dan telah memasuki fasa baharu, menurut wakil-wakil bidang pendidikan dalam Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang sedang berlangsung di Beijing.

Menteri Pendidikan China, Chen Baosheng menganggap pembaharuan yang dijalankan sepanjang lima tahun lalu makin intensif, dengan pelaksanaan beberapa program pembaharuan yang disifatkan sebagai bersejarah.

Xi Jinping dalam laporan yang dibentangkan di kongres kebangsaan itu menyatakan bahawa sosialisme bercirikan China telah memasuki era baharu. Percanggahan utama didepani masyarakat China telah berubah menjadi percanggahan antara keperluan rakyat terhadap kehidupan lebih baik dengan pembangunan yang kurang seimbang dan holistik.

Sehubungan itu, wakil-wakil tersebut menyatakan bahawa tugas seterusnya dalam misi membangunkan bidang pendidikan dan mempercepat pemodenannya ialah menggalakkan pembangunan seimbang dan menyelesaikan masalah yang dibawa ketidakseimbangan sebelum ini, bagi memenuhi keperluan rakyat yang inginkan pendidikan lebih saksama dan berkualiti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China