Cari:
Rex Tillerson Lawat Afghanistan
2017-10-24 12:30:53 CRI Cetak

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson mengadakan lawatan tergempar ke Khabul dan bertemu dengan Presiden Afghanistan, Mohammad Ashraf Ghani, semalam.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Afghanistan selaku Setiausaha Negara.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar AS di Afghanistan, Tillerson dalam pertemuan itu menyatakan bahawa strategi baharu AS di Asia Selatan mencerminkan kesediaan AS bekerjasama dengan kerajaan Afghanistan dan negara-negara lain di rantau itu bagi menangani ancaman keganasan, serta mewujudkan kedamaian di Afghanistan.

Ghani pula menyatakan bahawa kerajaan Afghanistan akan terus mempertahankan keselamatan negara dan kepentingan rakyat melalui langkah-langkah pembaharuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China