Cari:
Pembangunan Keupayaan PKC Dipuji
2017-10-24 14:28:26 CRI Cetak

Pembangunan keupayaan Parti Komunis China (PKC)dalam mentadbir negara mendapat pujian masyarakat antarabangsa, yang melihatnya sebagai kunci bagi kestabilan dan kemakmuran negara.

Sepanjang lima tahun lalu, PKC menunjukkan tekad untuk memerangi rasuah dan mengetatkan disiplin parti, yang dialu-alukan rakyat.

Keupayaan PKC mentadbir negara turut meningkat menerusi pelaksanaan pemikiran yang strategik dan inovatif berdasarkan undang-undang.

Akhbar The Independent Rusia melaporkan bahawa komitmen untuk membanteras rasuah hingga ke akar umbi adalah kunci bagi menjamin integriti PKC.

Pakar isu antarabangsa dari Institut Pentadbiran Pembangunan Negara (NIDA) Thailand, Li Renliang pula berpendapat, China telah mencapai pembangunan sosioekonomi yang pesat di bawah pimpinan PKC, yang menginovasi teori pembangunan berdasarkan keadaan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China