Cari:
PKC Tekankan Pembangunan Tamadun Ekologi
2017-10-24 15:11:52 CRI Cetak

Laporan Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang dibentangkan semasa Kongres Kebangsaan ke-19 PKC telah menyebut ungkapan tamadun ekologi sebanyak 12 kali.

Buat pertama kalinya, sasaran untuk membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat, makmur, demoratik, bertamadun, harmoni dan indah dikemukakan. Perkataan "indah" muncul untuk pertama kalinya dalam sasaran tersebut.

Di pusat media kongres itu semalam, Naib Ketua Pejabat Kumpulan Pimpinan Kewangan dan Ekonomi Pusat, Yang Weimin dan Menteri Perlindungan Alam Sekitar, Li Ganjie telah memperkenalkan situasi semasa berhubung hal ini serta tugas-tugas seterusnya.

Li Ganjie menyatakan bahawa dalam masa lima tahun lalu, China telah mencapai hasil yang tidak pernah tercapai dalam pembangunan tamadun ekologi. Sambil menyelesaikan isu alam sekitar domestik, China juga aktif melibatkan diri dalam tadbir urus alam sekitar sejagat.

Setakat ini, China telah meratifikasikan lebih 30 buah konvensyen pelbagai hala atau protokol mengenai perlindungan ekologi, di samping mempelopori kerjasama antarabangsa dalam usaha menangani perubahan iklim. Tindakan tersebut menjadikan China peserta, penyumbang dan pelopor penting pembangunan tamadun ekologi sejagat.

Laporan Xi Jinping turut menyentuh tentang pembaharuan mekanisme mengenai pembangunan tamadun ekologi. Yang Weimin mengakui bahawa pembaharuan itu dianggap ketinggalan jika dibandingkan dengan pembaharuan sektor ekonomi di China. China akan berusaha mewujudkan mekanisme yang berorientasikan pasaran dan mekanisme insentif bagi menjayakan pembaharuan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China