Rusia memveto draf resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk membaharui tempoh misi menyiasat penggunaan senjata kimia di Syria.
Meskipun mendapat 11 undi menyokong, draf yang disediakan Washington itu gagal diluluskan selepas Rusia dan Bolivia menentang.
China dan Kazakhstan tidak mengundi.
Mekanisme siasatan bersama PBB dan Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) dijadualkan menyerahkan laporan mengenai dakwaan serangan senjata kimia di pekan Khan Sheikhoun 4 April lalu, pada hujung minggu ini.
Moscow sebelum ini mencadangkan perbincangan mengenai hal itu ditunda hingga laporan tersebut dikeluarkan.