Cari:
Tokoh Asing Yakin Prospek Pembangunan China
2017-10-25 19:40:35 CRI Cetak

Barisan pemimpin Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC) berteraskan Xi Jinping dipilih dalam sidang pleno pertama jawatankuasa penggal baharu itu, di Beijing hari ini.

Xi Jinping selaku Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, dalam pertemuan anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik penggal baharu dengan wartawan, telah menghuraikan hala tuju pembangunan China untuk lima tahun akan datang.

Dr. Robert Lawrance Kuhn, Pengerusi Yayasan Kuhn AS yang juga pakar isu China turut hadir dalam sidang media tersebut.

Beliau memberi penghargaan tinggi kepada ucapan Xi Jinping dalam sidang media itu, dan menyatakan keyakinan terhadap prospek pembangunan China.

Pemikiran sosialisme bercirikan China untuk era baharu yang dikemukakan Xi Jinping serta beberapa inisiatif penting termasuk "Jalur dan Laluan" (B&R) telah termaktub dalam Piagam PKC.

Kata Kuhn, perkara ini amat penting bagi mencapai matlamat "dua seratus tahun" yang diperjuangkan oleh PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Pasir Dilitupi Salji

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China