Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang baharu komited dalam menjalankan tugas dan tidak membelakangkan kewajipan, bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh, sekali gus menjayakan misi dan tidak mengecewakan rakyat.
Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan dalam sidang media di Beijing pagi tadi untuk mengumumkan tujuh anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC penggal baharu, iaitu Xi Jinping, Li Keqiang, Li Zhanshu, Wang Yang, Wang Huning, Zhao Leji dan Han Zheng.
Xi turut menyatakan terima kasih ke atas kepercayaan semua anggota PKC terhadap anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC penggal baharu.