Cari:
Pemimpin Asia Tenggara Utus Tahniah kepada Xi Jinping
2017-10-26 14:14:18 CRI Cetak

Pemimpin beberapa negara dan parti politik dari Asia Tenggara mengutus tahniah kepada Xi Jinping atas pemilihan semula beliau sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC).

Presiden Parti Rakyat Kemboja yang juga Perdana Menteri, Hun Sen menyatakan bahawa pemilihan semula Xi Jinping mencerminkan keyakinan penuh PKC dan rakyat China terhadap kepemimpinan beliau.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyatakan bahawa di bawah pimpinan PKC berteraskan Xi Jinping, China kini muncul sebagai salah satu gergasi ekonomi yang paling berpengaruh di dunia.

Beliau yakin China akan terus menyumbang kepada kemampanan pertumbuhan ekonomi global, serta keselamatan dan kestabilan Asia Pasifik bahkan dunia.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong menyatakan bahawa di bawah pimpinan Xi Jinping, PKC dan rakyat China pasti dapat mencapai matlamat pembangunan negara yang dihasratkan, iaitu mewujudkan modenisasi sosialisme dan membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang makmur, demokratik, harmoni dan indah dengan tamadun gemilang.

Beliau berharap persahabatan tradisional dan perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara Vietnam dengan China diperkukuh.

Presiden Laos, Boungnang Vorachith pula menyatakan bahawa berpandukan isyarat Kongres Kebangsaan ke-19 PKC, rakyat China pasti mampu terus melakar kejayaan baharu dan merealisasikan impian China membangkitkan semula nusa dan bangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China