Cari:
Pemikiran Sosialisme Bercirikan China untuk Era Baharu Signifikan
2017-10-26 19:57:57 CRI Cetak

Kongres  Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) berakhir di Beijing kelmarin. 

Kongres itu sebulat suara bersetuju supaya pemikiran sosialisme bercirikan China untuk era baharu yang dikemukakan Xi Jinping, dimaktubkan dalam Piagam Parti. 

Para anggota PKC diseru mengkaji dan melaksanakan sepenuhnya pemikiran tersebut, serta menerapkannya dalam proses pembangunan negara dan parti pada masa depan.

Menyentuh mengenai perubahan signifikan tersebut, Timbalan Pengarah Eksekutif Pejabat Penyelidikan Polisi Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Xiaohui berpendapat bahawa lahirnya pemikiran baharu ini selaras dengan keperluan arus sezaman. Pemikiran berkenaan merupakan jawapan bernas bagi isu-isu utama yang dihadapi China pada era baharu ini.

Dalam tempoh lima tahun sejak kongres kebangsaan ke-18, PKC telah memperkenalkan lebih 1,500 langkah pembaharuan yang dilaksanakan secara komprehensif, dan kini membuahkan hasil ketara. 

Dengan latar belakang pemulihan ekonomi dunia masih lembap dan isu-isu bersifat global semakin buruk, China bukan sahaja berjaya mengharungi ujian, malah terus menunjukkan prestasi cukup baik. 

Pencapaian ini berkat pengetengahan pemikiran sosialisme bercirikan China untuk era baharu oleh PKC berteraskan Xi Jinping, yang selaras dengan hala tuju pembangunan sezaman.

Wang menyatakan bahawa buah fikiran inovatif yang terkandung dalam pemikiran berkenaan turut menyuntik kesaintifikan baharu kepada sosialisme bercirikan China, sekali gus memperkaya sistem teori tersebut.

Selain menetapkan pemikiran yang menjadi pedoman bagi era baharu ini, kongres kebangsaan ke-19 juga mengemukakan misi bersejarah PKC serta permintaan baharu terhadap pembangunan parti.

Ketua Pejabat Inspektor Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat (CCDI) PKC yang bertugas di Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara (SASAC) Dewan Negara,  Jiang Jinquan berpendapat, pembinaan politik akan dijadikan panduan bagi pembangunan PKC, yang komited terus mengetatkan disiplin anggotanya.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China