Cari:
Putin Ucap Tahniah kepada Xi Jinping
2017-10-26 11:31:15 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengirim perutusan tahniah kepada Xi Jinping yang dipilih semula sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC).

Putin dalam surat itu menyatakan bahawa pemilihan semula Xi adalah satu pengiktirafan terhadap kewibawaan politik beliau, serta dasar-dasarnya untuk membangunkan sosioekonomi negara dan mengukuhkan kedudukan China di pentas dunia.

Putin yakin, hasil kongres PKC akan membantu memperkasakan perkongsian strategik komprehensif antara Rusia dan China.

Beliau berharap Rusia dan China dapat bersama-sama mengembangkan kerjasama dalam pelbagai bidang, di samping meningkatkan penyelarasan dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China