Cari:
Xi, Trump Berbincang Menerusi Telefon
2017-10-26 11:30:06 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump, semalam.

Trump mengucapkan tahniah atas Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan dengan jayanya, dan pemilihan semula Xi Jinping sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC.

Kata Trump, kongres itu menjadi tumpuan seluruh dunia dan beliau sendiri juga mengambil perhatian terhadap isyarat berkaitan dasar-dasar penting yang disampaikan oleh Presiden Xi pada kongres tersebut.

Menyentuh lawatannya ke China nanti, beliau menanti-nantikan peluang bertemu dengan Presiden Xi di Beijing untuk bertukar-tukar pendapat tentang kerjasama bilateral serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.

Xi yang memetik semula laporannya pada kongres PKC, menegaskan bahawa China akan mengekalkan jalan pembangunan secara damai dan mengamalkan strategi membuka pintu yang saling menguntungkan, di samping memperkasakan sinergi dengan negara-negara lain.

China bersedia mengembangkan lagi hubungan dengan AS berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling menguntungkan.

Lawatan Trump ke China nanti diharap menyumbang kepada kerjasama saling menguntungkan yang lebih kukuh demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China