Cari:
Erdogan, Al-Abadi Mahukan Iraq Utuh
2017-10-26 14:38:49 CRI Cetak

Turki menentang pungutan suara kemerdekaan wilayah autonomi Kurd di Iraq, dan akan sentiasa menyokong usaha Iraq mempertahankan keutuhan wilayahnya.

Demikian ujar Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam sidang media selepas rundingan dengan Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, di Ankara semalam.

Erdogan berkata, pihaknya akan mempercepat pembukaan semula talian paip minyak dari Kirkuk, Iraq ke Turki.

Al-Abadi dalam sidang media sama pula berkata, pihaknya komited mempertahankan keutuhan wilayah dan membanteras anasir pemisah dan pengganas.

Beliau turut menyatakan hasrat Iraq memperkasakan kerjasama ekonomi dengan Turki dan menggalakkan ketenteraman serantau melalui pembangunan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China