Cari:
B&R Termaktub dalam Piagam PKC
2017-10-27 11:11:54 CRI Cetak

Pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) dimaktubkan dalam Piagam Parti Komunis China (PKC) pada kongres kebangsaan ke-19 parti itu baru-baru ini.

Hal ini akan menyuntik penggerak kuat untuk merancakkan sinergi China dan pihak-pihak lain yang terlibat bagi menjayakan pembangunan B&R serta membina hubungan antarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam berkata, pemaktuban B&R dalam piagam parti juga mencerminkan tekad dan keyakinan China untuk memperkasakan kerjasama antarabangsa berkaitan B&R.

Beliau menyatakan bahawa pembangunan B&R dijalankan dengan lancar dan mendapat sokongan luas masyarakat antarabangsa. Kini, semakin banyak negara menyertai kerjasama B&R.

Beliau yakin pelaksanaan inisiatif tersebut akan membuka ruang lebih besar untuk pembangunan China dan seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China