Cari:
Tentera Iraq Tumpaskan Saki Baki IS
2017-10-27 12:38:46 CRI Cetak

Tentera kerajaan Iraq bersama-sama militia puak Syiah dan Sunni memulakan operasi menumpaskan saki baki militan IS yang masih menguasai dua pekan di al-Anbar, barat negara itu, semalam.

Pejabat Perdana Menteri Iraq dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa operasi tersebut adalah untuk membebaskan dua pekan itu, sekali gus menghancurkan kubu terakhir IS di Iraq.

IS mula menguasai sebahagian besar wilayah di utara dan barat Iraq pada tahun 2014.

Melalui pertempuran selama lebih tiga tahun, kebanyakan wilayah itu berjaya ditawan semula oleh tentera Iraq.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri Haider al-Abadi menyatakan bahawa pihaknya akan memperoleh kemenangan menjelang akhir tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China