Cari:
Xi, Putin Berbincang Menerusi Telefon
2017-10-27 14:16:31 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin semalam.

Putin sekali lagi mengucapkan tahniah atas Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan dengan jayanya, dan pemilihan semula Xi Jinping sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC.

Beliau menyatakan kesediaan mengekalkan hubungan erat dengan Presiden Xi untuk meningkatkan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang, serta penyelarasan dalam isu-isu penting antarabangsa dan serantau.

Xi pula menyatakan bahawa Rusia rakan penyelarasan strategik komprehensif bagi China.

China bersedia bersama-sama Rusia terus mengembangkan hubungan bilateral agar membuahkan hasil lebih ketara demi keuntungan rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China