Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan sekatan baharu terhadap tujuh individu dan tiga entiti Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), yang dikatakan memberi sokongan kepada program nuklear dan peluru berpandu negara itu.
Antara yang dikenakan sekatan melibatkan badan keselamatan, kedutaan besar dan konsulat serta syarikat DPRK di beberapa negara.
Aset mereka di AS akan dibeku, begitu juga transaksi mereka dengan warga AS.