Cari:
Kerajaan Sepanyol Ambil Alih Pentadbiran Cataluna
2017-10-28 15:55:08 CRI Cetak

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy dalam ucapan melalui televisyen malam semalam, mengumumkan pemecatan pengerusi wilayah autonomi Cataluna, Carles Puigdemint dan semua menterinya serta pengarah polis wilayah, beberapa jam selepas parlimen wilayah itu mengisytiharkan kemerdekaan secara sepihak.

Rajoy turut membubarkan kerajaan dan parlimen tempatan, dan mengumumkan pilihan raya pada 21 Disember ini untuk menggantikan mereka.

Beliau menyifatkan pengumuman kemerdekaan secara haram sebagai satu "jenayah", sambil menyeru rakyat bertenang serta berikrar memulihkan pentadbiran berdasarkan undang-undang di Cataluna.

Pada hari yang sama, Senat Sepanyol memanggil mesyuarat tergempar dan meluluskan resolusi memberi kuasa kepada kerajaan pusat untuk mengambil alih pentadbiran di wilayah autonomi Cataluna berdasarkan Perkara 155 Perlembagaan.

Menurut Perlembagaan Sepanyol, jikalau wilayah autonomi gagal melaksanakan kewajiban yang ditetapkan dalam Perlembagaan dan undang-undang atau menjejaskan kepentingan negara, kerajaan pusat berhak mengambil segala tindakan untuk memaksanya mematuhi kewajiban demi kepentingan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China