Cari:
Korea Selatan, AS Setuju Tambah Penempatan Aset Strategik
2017-10-29 16:07:45 CRI Cetak

Korea Selatan dan AS akan meningkatkan usaha diplomatik berlandaskan pertahanan bersama yang kukuh untuk mewujudkan matlamat Semenanjung Korea bebas nuklear.

Kedua-dua pihak bersetuju menambah penempatan aset strategik di Korea Selatan, di samping meningkatkan kerjasama dalam langkah-langkah cegah rintang.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Korea Selatan, Song Young-moo dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Keselamatan Korea Selatan-AS ke-49 di Seoul semalam.

Menurut beliau, untuk meningkatkan kemampuan pertahanan Korea Selatan, kedua-dua negara akan mengadakan perbincangan mengenai pemindaan panduan peluru berpandu serta pengimportan dan pembangunan senjata canggih.

Kedua-dua pihak juga bersetuju melakukan peralihan hak kawalan operasi semasa perang seawal mungkin, pada waktu yang sesuai.

Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis berkata, pihaknya tidak mungkin mengiktiraf Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebagai negara yang memiliki senjata nuklear.

Jika DPRK berdegil meneruskan program nuklear dan peluru berpandunya, hanya akan membawa gangguan lebih besar kepada keselamatannya sendiri.

Berdasarkan situasi pada masa ini, AS dan Korea Selatan menganggap kaedah diplomatik adalah penyelesaian paling baik bagi isu nuklear Semenanjung Korea. Bagaimanapun, kekuatan tentera yang kuat juga diperlukan untuk memastikan pendekatan diplomatik itu mencapai kejayaan.

Beliau turut mengeluarkan amaran kepada DPRK supaya jangan menyalah anggap situasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China