Cari:
Program Yayasan Keamanan China-PBB Berhasil
2017-10-29 15:32:40 CRI Cetak

Program-program yang ditaja oleh Yayasan Keamanan dan Pembangunan China-PBB membuahkan hasil memberangsangkan dalam usaha memelihara kedamaian dan menjana pertumbuhan global.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pejabat Setiausaha Agung PBB, Maria Luiza Ribeiro Viotti dalam mesyuarat kedua jawatankuasa pemandu yayasan itu, di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.

Naib Setiausaha Agung PBB yang bertanggungjawab atas hal ehwal ekonomi dan sosial, Liu Zhenmin berkata, PBB akan terus merapatkan kerjasama dengan pihak China untuk menjayakan program-program yang ditaja yayasan tersebut, agar menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Penubuhan Yayasan Keamanan dan Pembangunan China-PBB diumumkan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri sidang kemuncak bersempena ulang tahun ke-70 penubuhan PBB pada September 2015.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China