Pegawai tentera kerajaan Iraq mengadakan rundingan dengan komander Peshmerga, kumpulan bersenjata Kurdish, di Mosul, utara Iraq semalam.
Kedua-dua pihak membincangkan pendekatan bagi mengelakkan konflik semasa penempatan tentera kerajaan di wilayah yang dipertikaikan dan kawasan sempadan.
Menurut Ketua Turus tentera Iraq, Othman al-Ghanmi, rundingan itu diadakan dalam suasana yang positif dan kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan dalam sesetengah isu, namun masih terdapat beberapa isu yang perlu ditangani pada masa akan datang.