Cari:
IAEA: Iran Telah Penuhi Komitmen berkaitan Isu Nuklear
2017-10-30 11:41:56 CRI Cetak

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano menyatakan bahawa Iran telah pun memenuhi komitmen di bawah perjanjian komprehensif mengenai isu nuklearnya.

Amano berkata demikian dalam satu perbincangan dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani sewaktu melawat ke negara itu semalam.

Menurut beliau, penilaian oleh IAEA dijalankan dengan adil, dan hasilnya, Iran didapati telah mengotakan janjinya berkaitan isu nuklear berkenaan.

Hassan Rouhani pula berkata, Iran akan sentiasa memenuhi komitmennya selagi kepentingannya terjamin dalam perjanjian tersebut, lapor media tempatan.

Pada hari yang sama, Amano turut mengadakan perbincangan dengan pegawai dari Pertubuhan Tenaga Atom Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China