Cari:
Iran Tarik Balik Perjanjian Nuklear Jika AS Pulihkan Sekatan
2017-10-31 15:13:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Iran akan menarik balik perjanjian berhubung program senjata nuklear sekiranya Amerika Syarikat (AS) mengenakan semula sekatan ke atasnya.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Turus Agung Tentera Iran, Mohammad-Hossein Baqeri dalam satu mesyuarat pihak tentera pada 30 Oktober lalu.

Baqeri berkata, pemeteraian perjanjian nuklear berkenaan bertujuan untuk membebaskan Iran daripada sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Barat. Perjanjian tersebut akan hilang maknanya bagi Iran jika sekatan dipulihkan semula.

Pada 13 Oktober lalu, Presiden AS, Donald Trump dalam ucapannya bukan sahaja menolak mengiktiraf dan mengesahkan Iran menunaikan komitmen perjanjian nuklear itu, malah mengumumkan akan mengenakan sekatan terhadap Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China