Cari:
Perkhidmatan Pengangkutan Barang China-Kyrgyzstan-Uzbekstan Mula Operasi
2017-10-31 12:51:37 CRI Cetak

Perkhidmatan pengangkutan barang China-Kyrgyzstan-Uzbekstan mula beroperasi semalam.

Menteri Perdagangan Luar Uzbekstan, Elyor Ganiyev menyatakan bahawa perkhidmatan tersebut merupakan langkah penting bagi melaksanakan persepakatan yang dicapai oleh pemimpin tiga negara itu.

Beliau yang berkata demikian dalam majlis pelancaran di Toshkent, ibu negara Uzbekstan, menyifatkan perkhidmatan baharu itu sebagai signifikan terhadap usaha menggalakkan kerjasama pengangkutan, logistik dan kesalinghubungan infrastruktur.

Hal ini juga amat bermakna bagi pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), pengembangan hubungan persahabatan antara ketiga-tiga negara serta penerokaan potensi kerjasama saling menguntungkan, demi kesejahteraan rakyat rantau ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Kementerian Pengangkutan China, Cheng Ping pula mengatakan bahawa pengoperasian perkhidmatan pengangkutan barang antara tiga negara ini merupakan langkah penting bagi memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan serta membentuk pola baharu bagi pembangunan ekonomi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China