30 Oktober lalu ialah hari kerja pertama bagi Catalonia setelah pentadbiran wilayah autonomi itu diambil alih oleh kerajaan pusat Sepanyol.
Sebilangan pegawai tinggi kerajaan Catalonia tidak kelihatan di tempat kerja, menandakan mereka telah disingkir oleh kerajaan pusat.
Anggota polis dari beberapa pasukan berlainan tugas pula menyatakan mereka kini mengikut arahan Madrid.
Pada hari yang sama, Badan Pendakwa Sepanyol mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap 20 orang bekas pegawai Catalonia atas dakwaan "memberontak" dan "menyalahgunakan wang rakyat".
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara 15 hingga 25 tahun.