Cari:
China Bakal Buka Pasaran Perdagangan Hak Pelepasan Karbon
2017-11-01 14:41:51 CRI Cetak

Pembinaan sebuah pasaran untuk perdagangan hak pelepasan karbon di peringkat negara China sedang berjalan lancar. Pasaran itu dijangka mula beroperasi secara rasmi menjelang penghujung tahun ini.

Demikian terkandung dalam laporan tahunan mengenai dasar dan tindakan China untuk menangani perubahan iklim, yang diumumkan oleh wakil khas isu perubahan iklim, Xie Zhenhua dan pegawai jabatan iklim Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Li Gao, dalam sidang akhbar Jabatan Penerangan Dewan Negara semalam.

Li menyatakan bahawa berdasarkan statistik projek percubaan yang melibatkan 3,000 badan dari beberapa bandar dan provinsi, jumlah perdagangan kuota pelepasan karbon mencatat 197 juta tan setakat September lalu, dengan nilai kira-kira RMB 4.5 bilion (RM3 bilion)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China