Cari:
China, Rusia Terus Intensifkan Ikatan dan Kerjasama Bilateral
2017-11-01 11:32:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China bersedia memperkukuh ikatan saling mempercayai, serta memperluas kerjasama dan pertukaran dengan Rusia. Visi kerjasama baharu antara kedua-dua negara akan direalisasikan melalui Pertemuan Berkala Perdana Menteri China-Rusia dan mekanisme kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Dmitry Medvedev yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Beijing.

Dalam Pertemuan Berkala Perdana Menteri China-Rusia ke-22 di Rumah Tamu Negara Diaoyutai pada malam 31 Oktober lalu, kedua-dua pihak memuji hasil yang dicapai dalam proses perkembangan hubungan bilateral.

Li berkata, beberapa pertemuan antara Presiden Xi Jinping dengan Presiden Vladimir Putin yang diadakan dengan jayanya pada tahun ini, telah membantu memperkukuh hubungan dua hala.

Medvedev terlebih dahulu menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) dan menyatakan bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan China mencapai kemajuan ketara dan mempunyai propek yang cerah.

Rusia bersedia terus bekerjasama dengan China agar mencapai hasil yang lebih memberangsangkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China