Cari:
Pemimpin China, AS bakal Tetapkan Hala Tuju Hubungan Bilateral
2017-11-01 14:54:36 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 8 hingga 10 November ini.

Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai ketika diwawancara kelmarin menyatakan bahawa tugas utama lawatan itu adalah untuk menetapkan hala tuju hubungan bilateral pada masa akan datang agar menggalakkan perkembangan secara sihat dan stabil.

Pertukaran strategik dan dialog antara ketua negara boleh menjernihkan salah faham yang mungkin wujud antara kedua-dua pihak, mengawal perselisihan pendapat dengan berkesan, menggalakkan kerjasama saling menguntungkan di samping menggariskan rancangan pembangunan hubungan bilateral dengan baik. Dunia luar menaruh harapan tinggi agar China dan AS membina perkongsian yang bersifat konstruktif.

Cui Tiankai berkata, isu nuklear Semenanjung Korea serta ekonomi dan perdagangan China-AS akan menjadi topik perbincangan utama dalam pertemuan itu.

Menyentuh tentang isu nuklear Semenanjung Korea, beliau menyatakan bahawa China sentiasa melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang berkenaan dengan ketat dan menyeluruh, dan telah membuat pengorbanan besar ke arah kebaikan bersama. China berharap negara-negara lain dapat menghargai usaha China melalui respons yang positif.

Ketika menyebut prospek kerjasama ekonomi dan perdagangan China-AS, Cui Tiankai menyatakan bahawa kedua-dua pihak komited untuk mewujudkan perdagangan dua hala yang lebih saksama dan saling menguntungkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China