Cari:
Tahun Pertukaran antara Media China-Rusia 2017 Berhasil
2017-11-02 11:52:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pertukaran antara media China dengan Rusia melibatkan pelbagai bidang, seperti politik, ekonomi, budaya dan kehidupan rakyat sejak mekanisme Tahun Pertukaran antara Media China-Rusia dilancarkan oleh pemimpin kedua-dua negara pada 2015.

Dengan ini, satu jambatan yang kukuh telah pun terbina untuk membolehkan rakyat kedua-dua negara meningkatkan persefahaman dan interaksi antara satu sama lain.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penutup Tahun Pertukaran antara Media China-Rusia di Beijing petang semalam.

Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev yang turut hadir dalam majlis itu berkata, Tahun Pertukaran antara Media China-Rusia boleh dikatakan amat berhasil, dengan lebih 250 buah aktiviti diadakan dalam tempoh tersebut.

Hasil berkenaan diyakini dapat memberi konotasi baharu bagi ikatan persahabatan dan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran lebih 600 orang wakil media dan belia dari China dan Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China