Cari:
Abe Sekali Lagi Perdana Menteri Jepun
2017-11-02 13:01:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Shinzo Abe, pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) dipilih semula sebagai Perdana Menteri menerusi undi majoriti di kedua-dua dewan dalam Diet Jepun dalam pilihan raya yang diadakan pada 1 November lalu.

Semua anggota yang membarisi kabinet Abe dan seluruh barisan pemimpin LDP dilantik semula.

Kedua-dua dewan Diet telah bersidang pada Rabu untuk satu sesi khas berikutan pilihan raya Dewan Perwakilan pada 22 Oktober.

Abe, sebagai Perdana Menteri Jepun ke-98, mengadakan rundingan dengan pemimpin parti Komeito iaitu Natsuo Yamaguchi dan melantik barisan kabinet baharu pada hari yang sama.

Abe dalam kempennya mengumumkan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan kepada 10% daripada 8% sebelum ini bermula Oktober 2021. Manakala, sebahagian perbelanjaan fiskal akan digunakan untuk membaiki taraf hidup rakyat dan pendidikan kanak-kanak.

Menurut media Jepun, LDP dijangka akan menetapkan rancangan untuk meminda tafsiran perlembagaan menjelang akhir tahun ini untuk dibahaskan oleh Diet pada Januari tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China