Cari:
Trump Gesa Batalkan Program DV
2017-11-02 13:00:40 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Kongres membatalkan Program Visa Imigran Kepelbagaian yang menawarkan visa (DV) secara cabutan kepada warga asing, susulan kes rempuhan trak di New York, kelmarin.

Trump yang menyatakan demikian di Rumah Putih semalam, menjelaskan bahawa tindakan itu adalah untuk menjaga keselamatan rakyat AS dan mencegah "orang yang bermasalah" memasuki wilayah negara itu melalui program tersebut.

Beliau turut menggesa agar sebuah sistem integral dilaksanakan bagi mengelola prosedur pemberian visa.

Kejadian rempuhan trak yang berlaku kelmarin mengakibatkan lapan maut dan lebih 10 lagi cedara. Suspek, Saifullo Saipov yang berumur 29 tahun, seorang imigran berasal dari Uzbekistan yang menetap di AS sejak memasuki negara itu secara sah pada tahun 2010. Lelaki itu kini dalam tahanan polis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China