Cari:
Trump Nanti-nantikan Lawatan ke China
2017-11-03 15:08:55 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump amat menanti-nantikan lawatan ke China yang bakal diadakan tidak lama lagi. Dalam pada itu, AS bersedia bekerjasama dengan China untuk menggalakkan kemakmuran dan kestabilan serantau dan dunia.

Demikian dinyatakan penolong hal ehwal keselamatan negara Presiden AS, H.R. McMaster, semalam.

McMaster ketika diwawancara media dari lima negara Asia berkata, China memainkan peranan yang agak besar dalam bidang keselamatan serantau serta usaha menggalakkan kesalinghubungan.

Katanya, Trump ingin melihat hubungan dengan Presiden China, Xi Jinping lebih kukuh, demi kedamaian dan keselamatan serta kemakmuran bersama. Inilah yang akan menjadi fokus perbincangan semasa lawatan Trump nanti.

Menurut sumber maklumat Rumah Putih, Trump akan bertolak ke Hawaii pada hari ini, disusuli lawatan ke Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam dan Filipina. Beliau akan menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China