Cari:
Konvensyen ABU Fokuskan Pembangunan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan
2017-11-04 15:07:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Media-media pelbagai negara digesa memikul tanggungjawab masyarakat, meningkatkan persefahaman antara kalangan rakyat, memperkukuh hubungan negara model baharu dan ikatan persahabatan rakyat, sekali gus membuat sumbangan baharu dalam proses pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan serta tadbir urus global demi kemakmuran seluruh dunia.

Demikian ditegaskan oleh Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong ketika menyampaikan ucapan tahniah dalam majlis perasmian Konvensyen Persatuan Penyiaran Asia-Pacific (ABU) ke-54 yang diadakan di Chengdu pada 3 November lalu.

Liu berkata, pembangunan China tidak terlepas dari persekitaran dunia. Manakala, kemakmuran dunia juga memerlukan sumbangan China. Media-media pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa patut berpegang kepada konsep tentang bekerjasama untuk berdialog, berkongsi dan bersama-sama membangun.

Konvensyen yang bertemakan "Media dalam Era Inovasi" kali ini turut diserikan dengan kehadiran lebih 600 orang wakil media dari lebih 60 buah negara dan kawasan serta sembilan buah pertubuhan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China