Cari:
Presiden Turki Ikrar Musnahkan Kubu Pengganas di Wilayah Iraq dan Syria
2017-11-04 14:15:20 CRI Cetak

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam berikrar akan memusnahkan kubu pengganas yang berada di wilayah Iraq dan Syria, serentak itu beliau mendakwa sekali lagi negara sekutu Barat termasuk Amerika Syrikat telah memberikan sokongan kepada pertubuhan pengganas itu.

Ketika menyampaikan ucapan di provinsi Manisa, kawasan barat Turki semalam, Erdogan mengatakan bahawa sekarang banyak tempat di Iraq dan Syria telah dijadikan kubu kubu pengganas. Demi menjaga keselamatan warganegaranya, Turki berazam menghapuskan kumpulan pengganas dengan menjalankan tindakan di luar wilayah negaranya.

Pada hari yang sama, jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov menyatakan bahawa tentera udara dan laut Rusia telah melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap sasaran Daesh yang sudah lama menduduki Deir er-Zor, Syria hingga banyak kelengkapan Daesh telah dimusnahkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China