Cari:
Ekspo Import dan Eksport China ke-122 Berakhir
2017-11-05 15:08:10 CRI Cetak

Ekspo Barangan Import dan Eksport China atau yang lebih dikenali sebagai Canton Fair ke-122 telah berakhir di Guangzhou semalam, selepas menyaksikan peningkatan jumlah eksport 8.2% lebih tinggi berbanding Canton Fair ke-120, iaitu mencatat USD 30.16 bilion (RM127.7 bilion). Selain itu, jumlah pembeli yang datang dari 213 buah negara dan kawasan meningkat 3.36%, dengan mencatat 191,950 orang.

Naib Ketua Pusat Perdagangan Luar China selaku jurucakap ekspo itu, Xu Bing telah memperkenalkan keseluruhan prestasi ekspo kali ini. Menurut beliau, jumlah pembeli dari pelbagai benua masing-masing meningkat berbanding dengan tahun lalu, antaranya 61.7% pembeli dari 10 negara dan kawasan rakan dagang terbesar bagi China pada tahun 2016. Selain itu, jumlah pembeli dari negara dan kawasan terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) meningkat 3.48%, dengan mencatat 84,445 orang.

Xu Bing memaklumkan bahawa produk mekanikal dan elektrik yang menempati 52.7% keseluruhan nilai kontrak, menduduki tempat pertama antara pelbagai produk. Serentak itu, jumlah eksport terhadap negara terlibat dalam B&R meningkat 13.6% dengan mencatat USD 9.37 bilion (RM39.7 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China