Kes tembakan berlaku di sebuah gereja di pekan Sutherland Springs, Texas, Amerika Syarikat (AS) hari Ahad, mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 maut dan beberapa lagi cedera.
Maklum polis tempatan, penyerang telah ditembak mati oleh polis.
Menurut keterangan saksi, penyerang terbabit melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai selepas memasuki gereja berkenaan pada pukul 11.30 pagi hari Ahad.
Mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.