Cari:
Putera Raja Terbunuh dalam Nahas Helikopter
2017-11-06 11:51:55 CRI Cetak

Seorang putera Arab Saudi disahkan terbunuh selepas helikopter yang dinaikinya bersama beberapa pegawai lain terhempas berhampiran kawasan bergolak di sempadan Arab Saudi dengan Yemen, semalam.

Berita mengenai kemangkatan Putera Mansour bin Moqren yang juga timbalan gabenor wilayah Asir serta anakanda kepada bekas seorang putera mahkota itu disiarkan oleh agensi berita Al-Ekhbariya.

Punca insiden tersebut bagaimanapun belum didedahkan setakat ini.

Sehari sebelum nahas udara itu, pasukan militan Huthi Yemen melancarkan peluru berpandu balistik bersasaran lapangan terbang antarabangsa Riyadh, yang berjaya dipintas pasukan pertahanan udara Arab Saudi.

Sebelum ini, militan Huthi kerap kali melancarkan meriam dan peluru berpandu ke arah wilayah Arab Saudi yang bersempadan dengan Yemen, termasuk wilayah Asir sebagai tindakan balas atas pengeboman Arab Saudi terhadapnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China