Cari:
Latihan Tentera Udara Israel
2017-11-06 13:38:06 CRI Cetak

Tentera pertahanan Israel mengadakan latihan bersama besar-besaran "Blue Flag" semalam dengan penglibatan tentera dari Amerika Syarikat (AS), Greece, Poland, Jerman, Perancis, Itali dan India.

Menurut media tempatan Israel, latihan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tempur dan penyelarasan antara negara-negara terlibat, dan tidak berkaitan dengan situasi keselamatan semasa ini.

Latihan "Blue Flag" kali ini merupakan yang ketiga dianjurkan oleh Israel, dan juga latihan tentera berskala paling besar sejak tentera udara negara itu ditubuhkan.

India buat kali pertama menghantar pesawat pengangkut C-130J untuk menyertai latihan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China