Cari:
Dua Satelit BeiDou-3 Berjaya Dilancarkan
2017-11-06 12:27:35 CRI Cetak

China berjaya melancarkan dua buah satelit pandu arah BeiDou-3 ke orbit menggunakan roket pembawa Long March-3B dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang, provinsi Sichuan pada pukul 7.45 malam semalam.

Ini merupakan pelancaran pertama satelit BeiDou-3, sekali gus menandakan sistem pandu arah satelit BeiDou China memasuki era baharu dalam jaringan global.

Pembangunan sistem pandu arah satelit China dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama ialah sistem BeiDou-1 yang menyediakan perkhidmatan kepada China menjelang tahun 2000; Fasa kedua ialah sistem BeiDou-2 yang menyediakan perkhidmatan kepada rantau Asia Pasifik menjelang akhir tahun 2012; manakala fasa ketiga pula ialah sistem BeiDou-3 yang membuka perkhidmatan kepada seluruh dunia menjelang tahun 2020.

Pada masa ini, China telah menjadi negara ketiga yang mempunyai sistem pandu arah satelit sendiri sesudah Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China