Cari:
Suspek Serangan Gereja Texas Dikenal Pasti
2017-11-07 13:32:31 CRI Cetak

Sebanyak 26 dibunuh manakala beberapa lagi cedera dalam kes tembakan di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas, Amerika Syarikat (AS) hari Ahad lalu. Setakat ini, ada 10 mangsa cedera masih berada dalam keadaan kritikal.

Pegawai keselamatan tempatan, Freeman Martin memberitahu media, angka kematian mungkin akan terus meningkat. Beliau turut mengesahkan, mangsa korban berusia antara 18 bulan hingga 77 tahun.

Menurut hasil siasatan awal, suspek serangan itu telah dikenal pasti sebagai Devin Kelley, lelaki kulit putih berumur 26 tahun, bekas askar tentera udara AS yang pernah dipenjarakan selama 12 bulan atas tuduhan menggunakan kekerasan terhadap isteri dan anaknya.

Serangan Kelley, yang tinggal di pinggir bandar San Antonio, bagaimanapun tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana rangkaian kumpulan pengganas setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China