Cari:
Iran Nafi Bekalkan Peluru Berpandu kepada Militan Huthi
2017-11-07 13:36:01 CRI Cetak

Iran menafikan dakwaan bahawa negaranya membekalkan peluru berpandu kepada pasukan militan Huthi Yemen untuk melakukan serangan bersasaran lapangan terbang antarabangsa Riyadh, Arab Saudi.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qasemi, pihaknya tidak mungkin memberikan sokongan berbentuk peluru berpandu kepada militan Huthi. Peluru berpandu yang digunakan oleh militan di Yemen adalah milik mereka sendiri, yang diubah suai untuk meningkatkan jarak tembakan.

Beliau menggesa Arab Saudi agar berhenti membuat tuduhan tidak berasas.

Pada Sabtu lalu, militan Huthi Yemen melancarkan peluru berpandu balistik bersasaran lapangan terbang antarabangsa Riyadh, yang berjaya dipintas pasukan pertahanan udara Arab Saudi. Ini merupakan kali pertama militan Huthi melakukan serangan bersasaran ibu negara Arab Saudi selepas Arab Saudi melancarkan operasi ketenteraan terhadapnya sejak dua tahun dahulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China