Cari:
CAS Cipta Cip AI Generasi Baharu
2017-11-07 14:35:06 CRI Cetak

Cambricon, syarikat sains dan teknologi di bawah Akademi Sains China (CAS) mengumumkan pihaknya telah berjaya menyelidik dan menghasilkan cip kecerdasan buatan (AI) generasi baharu.

Penyelidik dari Institut Teknologi Perkomputeran CAS yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cambricon, Chen Tianshi mengumumkan hasil penyelidikan terbaharu itu dalam sidang media di Beijing semalam.

Beliau berkata cip tersebut yang dilengkapi teknologi pembelajaran mesin pintar seperti perisian AlphaGo, boleh digunakan dalam pelbagai bidang yang memerlukan kecerdasan buatan seperti pengecaman imej dan suara, pengawasan keselamatan, serta pemanduan pintar dan dron (UAV).

Berbeza dengan cip konvensional, cip generasi baharu ini berfungsi seperti neuron di dalam otak manusia, membolehkannya melakukan pemprosesan dengan tahap kecekapan yang jauh lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China