Misi Bantuan PBB di Iraq (UNAMI) menggesa wilayah autonomi Kurd Iraq mematuhi keputusan Mahkamah Tertinggi demi perpaduan negara.
Mahkamah Tertinggi Iraq pada 6 November lalu memutuskan bahawa mana-mana provinsi atau wilayah tidak dibenarkan berpisah dari Iraq, mengikut ketetapan perlembagaan negara itu.
Menurut kenyataan UNAMI semalam, amat mustahak bagi rundingan politik diadakan segera antara kerajaan pusat Iraq dengan kerajaan tempatan Kurd.
Pada 25 September lalu, wilayah autonomi Kurd telah mengadakan pungutan suara kemerdekaan. Kerajaan pusat Iraq membalas dengan beberapa tindakan terhadap wilayah itu, termasuk memasuki beberapa kawasan yang dipertikaikan di luar wilayah ditadbir Kurd pada 16 Oktober.