Cari:
Iran Gesa Arab Saudi Henti Bermusuhan
2017-11-09 14:21:24 CRI Cetak

Presiden Iran, Hassan Rouhani yang berucap dalam sidang kabinet di Tehran semalam, menggesa Arab Saudi menghentikan dasar yang bersifat bermusuhan terhadap negaranya.

Menurut laporan TV Iran, Rouhani menyatakan bahawa Iran menyokong pembangunan negara-negara di Asia Barat termasuk Arab Saudi, dan bersedia mengekalkan hubungan muhibah dengan seluruh rantau ini.

Namun, Arab Saudi mengambil sikap bermusuhan terhadap Iran dan menganggap Israel sebagai sekutu. Hal ini dilihat sebagai satu kesilapan strategik.

Kata Rouhani, Iran sentiasa berusaha untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau. Tuduhan bahawa Iran mencampur tangan dalam hal ehwal negara lain dan isu dalaman Arab Saudi adalah tidak berasas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China