Cari:
Tentera Syria Berjaya Tawan Semula Abu Kamel
2017-11-09 14:23:47 CRI Cetak
Stesen TV Syria melaporkan semalam, tentera kerajaan Syria berjaya menawan semula bandar Abu Kamel, iaitu kubu utama terakhir kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara itu.

Merurut laporan tersebut, tentera kerajaan dalam operasi mengepung bandar Abu Kamel, berjaya menumpaskan banyak anggota militan IS dan menawan semula bandar itu. Bahan letupan yang ditemui di bandar itu turut dimusnahkan.

Bandar Abu Kamel terletak di bahagian tenggara bandar Deir er-Zor, berdekatan sempadan Iraq, merupakan kubu penting kumpulan IS di Syria. Selepas kemenangan tentera kerajaan di bandar itu, hanya tinggal beberapa kubu kecil kumpulan IS di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China