Cari:
Persidangan Perubahan Iklim PBB di Bonn
2017-11-09 12:50:23 CRI Cetak

Pusingan baharu persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perubahan iklim dirasmikan di Bonn, Jerman, Isnin lalu.

Persidangan ini, yang dijadualkan berlangsung hingga 17 November nanti, akan membincangkan secara terperinci pelaksanaan konkrit Perjanjian Paris dengan penglibatan lebih 25 ribu wakil dari 195 pihak pemeterai perjanjian tersebut.

Wakil khas China bagi hal ehwal perubahan iklim, Xie Zhenhua mengetuai delegasi China menyertai persidangan ini. Menurutnya, persidangan ini diadakan pada waktu amat penting ketika separuh rundingan dengan pelaksanaan konkrit Perjanjian Paris sudah selesai. Persidangan tahun ini lebih efisien.

Menurut Naib Ketua Jabatan Perubahan Iklim, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Lu Xinming, delegasi China mengemukakan lima cadangan yang menunjukkan sikap membina China untuk aktif terlibat dan mengetuai rundingan isu perubahan iklim.

Fiji, sebuah negara kepulauan kecil di Pasifik, menjadi negara pengerusi Persidangan Perubahan Iklim PBB untuk kali pertama.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China