Cari:
EC Naikkan Unjuran Ekonomi Zon Euro dan EU
2017-11-10 14:57:24 CRI Cetak

Suruhanjaya Eropah (EC) dalam laporan prospek ekonomi musim luruh tahun ini merumuskan bahawa pertumbuhan di zon euro akan menunjukkan prestasi yang terbaik dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

EC dalam laporan yang dikeluarkan semalam, turut menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi di zon euro dan Kesatuan Eropah (EU) bagi tahun ini kepada 2.2% dan 2.3% masing-masing, lebih tinggi daripada unjuran pada bulan Mei lalu, iaitu 1.7% dan 1.9%.

Kadar tersebut dijangka mencecah 2.1% pada tahun depan dan 1.9% pada tahun berikutnya.

Pakar menyatakan bahawa walaupun ekonomi Eropah menunjukkan pertumbuhan pesat setelah pemulihan selama lima tahun, manun ia masih berdepan beberapa cabaran seperti hutang yang tinggi dan peningkatan gaji yang perlahan. Anggota EU harus berusaha untuk mengekalkan momentum pertumbuhan yang pesat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China